ARTIKEL


Siapa Sebenarnya Kita
Kamis, 27 Maret 2008

SIAPA SEBENARNYA KITA

 

 

Sebelum memulakan seminar, Prof. Ibrahim mengeluarkan duit RM 100 dari dompetnya. Kemudian wang itu ditayangkan kepada 50 orang pesertanya. “ Siapa nak duit ni?” Tanya Prof Ibrahim. Semua peserta mengangkat tangan. “ Saya akan berikan duit ni kepada salah seorang daripada kamu, tapi izinkan saya buat sesuatu dulu,” Prof Ibrahim meramas –ramas duit itu hingga renyuk.
Kemudian dia menunjukkan duit yang sudah renyuk dan bertanya “ Ada sesiapa yang nak duit ini lagi?” Hampir semua pelajar mengangkat tangan. Prof. Ibrahim mengangguk dan mencebikkan bibir.
“Okey, apa kata kalau saya buat macam ni?” Duit RM 100 itu dicampakkannya kelantai lalu ditenyeh-tenyeh dengan kasutnya. Prof. Ibrahim memungutnya semula lalu diletakkan diatas meja. Wang kertas itu bukan sahaja renyuk tetapi juga kotor.
“Sekarang siapa nak duit ni?” Tanya Prof Ibrahim. Selesai dia bertanya, lebih separuh daripada jumlah pelajarnya masih mengangkat tangan.
“ Haa… apa yang kita kutip daripada peristiwa itu tadi?” Tanya Prof. Ibrahim. Pesertanya hanya diam dan sesetengahnya hanya menggelengkan kepala. Mereka masih tidak dapat menangkap apa yang cuba dijelaskan oleh profesor itu.
“ Walau apa pun yang saya lakukan pada duit ni, kamu tetap mahukannya. Betul tak? Kamu tahu kenapa? Kerana nilainya tak berubah walaupun dipijak atau ditenyeh dengan kasut. RM 100 tetap RM 100 walaupun sepuluh kali dipijak,” kata Prof. Ibrahim. Semua peserta yang mendengar kata-katanya tersenyum.
Prof. Ibrahim mengaitkan peristiwa itu dengan kehidupan harian. Sering kali di dalam hidup, setiap orang akan merasai saat kejatuhan, hati hancur ataupun dihina. Hinggakan suatu ketika kita akan merasa bahawa diri kita tidak berguna langsung. “ Tapi walau apa pun yang telah terjadi atau yang akan terjadi, anda tidak akan hilang harga diri. Bersih atau kotor, renyuk atau licin, anda tetap berharga terutama pada mereka yang anda sayangi.” “ Harga diri kita bukan datang daripada apa yang kita lakukan atau siapa yang kita kenal tapi siapa sebenarnya kita?” jelas Prof. Ibrahim.

(sumber aminakasyah.imeem.com)